Submitted by corpcomm on Mon, 12/08/2025 - 11:06
05 Dec 2025

Eupe Corporation Bhd mengumumkan rangkaian pasar raya premium, Jaya Grocer, bakal menjadi penyewa utama presint komersial pembangunan Edgewater di Sungai Petani, Kedah.

Perjanjian itu menandakan kemasukan pertama Jaya Grocer ke pasaran utara Semenanjung selain Pulau Pinang, sekali gus mengukuhkan pembangunan Edgewater sebagai projek mercu tanda yang bakal meningkatkan pengalaman membeli-belah dan gaya hidup di kawasan pesat membangun di Kedah.

Langkah ini dilihat sebagai perkembangan penting bagi projek Edgewater, sebuah pembangunan bersepadu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM700 juta yang dijangka dilancarkan secara rasmi pada separuh pertama 2026.

Pengarah Urusan Kumpulan Eupe, Datuk Beh Huck Lee, berkata kehadiran Jaya Grocer mencerminkan perkembangan pasaran Sungai Petani yang kini memerlukan penawaran runcit lebih moden dan berkualiti, selari dengan pertumbuhan populasi, peningkatan kuasa beli dan perubahan gaya hidup.

1
Back to top